
Anak-anak zaman sekarang cukup bertuah. Segalanya ada. Nak itu, nak ini semua dapat. Sebab itulah cara dan pembawaan mereka jauh berbeza berbanding anak-anak zaman dulu. Sebagai orang dewasa tiada alasan untuk kita tidak membantu dan membimbing mereka. Kesihan mereka kalau tak dibantu, takut nanti padah kepada negara dan bangsa kita Malaysia sendiri. Itulah orang tau-tua cakap 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'....."Jangan pula kita ibarat kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan". Doaku semoga anak-anak ini cemerlang dalam SPM 2009...terima kasih atas bantuan kalian dalam menjayakan sambutan bulan kemerdekaan semenjak 2005...