Selasa, 18 Ogos 2009
Ahad, 16 Ogos 2009
Mini Sarikin
17 Ogos-Mini Serikin beropersi lebih kurang 1/2 jam. Penggemar tudung telah berkumpul memilih corak dan warna kegemaran masing-masing. Warna yang menjadi rebutan antara ketua penjahat dan sayang sarawak ialah hitam. Syaaa.....Suasana riuh menjadi sunyi seketika apabila dot dot melimpasi area mini serikin tersebut......ada yang beli untuk diri sendiri, ada yang beli untuk mak mertua...esok buka mini serikin jual tas tangan pula....
Persiapan bulan ramadhan agaknya....
Persiapan bulan ramadhan agaknya....
Jumaat, 14 Ogos 2009
Tanah Tumpah Darah

Jumaat 14 Ogos - Pendidik yang penuh bersemangat ini memulakan kempen kibar Jalur Gemilang. Bersama 2 orang pembantu, beliau memulakan operasi mengibarkan Jalur Gemilang se awal 7.40 pagi. Tengah hari baharu siap....tahniah!
Sebelah petang pula disusuli usaha beberapa orang insan yang ringan tulang memeriahkan lagi susana sambutan bulan kemerdekaan. Bermula seawal 3.00 petang dengan bantuan dua orang anak muda yang patriotik iaitu M Ikmal dan Felix serta orang muda yang sentisa ringan tulang dan sentiasa bersedia membantu iaitu saudara Mat. Akhirnya jam 5.00 petang tugas pun selesai.
Terima kasih diucapkan kepada M Zuana, M Zariq, M Ikmal, Felix & Mat yang banyak membantu....dan terima kasih juga kepada 3 orang jejaka hemson yang terdapat dalam gambar.
"Kemerdekaan adalah anugerah yang tidak ternilai"
....peliharalah agar kita tidak merempat di bumi sendiri suatu masa nanti.
Sabtu, 8 Ogos 2009
Abok Abok
'Usaha tangga kejayaan'. Itulah pegangan rakan kita sorang tuk. Hari Selasa cakap-cakap pasal resipi buat kuih, hari Rabu dah berjaya buat eksperimen dan itulah hasilnya 'kuih abok-abok'. Rugi kalau tak test...sangat sedap untuk percubaan kali pertama. Dapat percuma lagi sedap. Hari tu aku komen rasa kuihnya sebab aku kena beli kat kantin.
Seorang lagi rakan kaki bisnes kita ni ada cerita sendiri. Didoakan jadi usahawan berjaya suatu hari nanti. Dah berjaya tu jangan lupa bayar zakat. Kisah rakan ni pada hari yang sama bincang pasal resipi kuih abok abok, tapi sempat cerita pasal bazaar ramadhan. Cara rakan ni cakap menyebabkan aku teransang juga nak buka gerai depan flat. Aku jual ayam panggang, dia dan rakan eksperimen kuih abok-abok tadi hantar kuih muih. Tapi sayang sekali kalau bukan kerana si anu tu mungkin projek ni jalan. Tapi masih dalam pertimbangan dan tengah cari pekerja indon.
Kisah tambahan:- Hari tuk Sabtu 8 Ogos, ada pertandingan buat roket dan lancar roket. Tiba saat yang dinantikan iaitu acara melancarkan roket. Yang paling bersemangat bukan muridnya, tapi cikgunya. Sayang Sarawak dan Kepala Penjahat satu geng. harapan mereka ni menggunung tinggi untuk menjuarai pertandingan. Tapi nasib tak menyebelahi mereka. Kecundang bukan sebarang, kecundang mereka ni jauh tersasar. .kah..kah.. tahun depan cuba lagi.. bijak pandai cakap usah seperti 'burung terbang dipipiskan lada'. Apa-apa pun itulah guru tetap bersemangat walau apa jua kemungkinan yang telah diketahuinya. Teruskan cikgu....
Sekian.
p/s: Sedap kalau dapat makan dadeh dan abok-abok bulan puasa nanti.
'Bersedekah amalan mulia'
Khamis, 6 Ogos 2009
Negara jiran terbakar?
Bukanlah. Hutan yang terbakar? Menurut laporan itulah punca jerebu serius. Tapi itu cerita tahun lepas.
Kini senyap-senyap je, tapi jerebu boleh tahan. Bau asap pun boleh tahan. Dalam senyap-senyap aku ingat dah hampir 2-3 minggu semak-samun tepi jalan lanang dan jalan by pass ke lapangan terbang terbakar. Tak nampak pun usaha nak padamkan api tu. Itulah bijak pandai cakap 'paku dulang paku serpih....'
'alam sekitar nadi kehidupan kita'
sekian.
Kini senyap-senyap je, tapi jerebu boleh tahan. Bau asap pun boleh tahan. Dalam senyap-senyap aku ingat dah hampir 2-3 minggu semak-samun tepi jalan lanang dan jalan by pass ke lapangan terbang terbakar. Tak nampak pun usaha nak padamkan api tu. Itulah bijak pandai cakap 'paku dulang paku serpih....'
'alam sekitar nadi kehidupan kita'
sekian.
Sabtu, 27 Jun 2009
'Anak-anak ini...'

Anak-anak zaman sekarang cukup bertuah. Segalanya ada. Nak itu, nak ini semua dapat. Sebab itulah cara dan pembawaan mereka jauh berbeza berbanding anak-anak zaman dulu. Sebagai orang dewasa tiada alasan untuk kita tidak membantu dan membimbing mereka. Kesihan mereka kalau tak dibantu, takut nanti padah kepada negara dan bangsa kita Malaysia sendiri. Itulah orang tau-tua cakap 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'....."Jangan pula kita ibarat kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan". Doaku semoga anak-anak ini cemerlang dalam SPM 2009...terima kasih atas bantuan kalian dalam menjayakan sambutan bulan kemerdekaan semenjak 2005...
Penghibur Berpengaruh
Micheal Jackson antara penghibur yang cukup berpengaruh..cuma masa itu hegemarucb tak ambil pusing kerana tak minat gaya persembahannya....apa-apa sekalipun tetap terasa kehilangannya...moga rohnya termasuk dalam golongan orang-orang beriman..........
Langgan:
Catatan (Atom)