'Usaha tangga kejayaan'. Itulah pegangan rakan kita sorang tuk. Hari Selasa cakap-cakap pasal resipi buat kuih, hari Rabu dah berjaya buat eksperimen dan itulah hasilnya 'kuih abok-abok'. Rugi kalau tak test...sangat sedap untuk percubaan kali pertama. Dapat percuma lagi sedap. Hari tu aku komen rasa kuihnya sebab aku kena beli kat kantin.
Seorang lagi rakan kaki bisnes kita ni ada cerita sendiri. Didoakan jadi usahawan berjaya suatu hari nanti. Dah berjaya tu jangan lupa bayar zakat. Kisah rakan ni pada hari yang sama bincang pasal resipi kuih abok abok, tapi sempat cerita pasal bazaar ramadhan. Cara rakan ni cakap menyebabkan aku teransang juga nak buka gerai depan flat. Aku jual ayam panggang, dia dan rakan eksperimen kuih abok-abok tadi hantar kuih muih. Tapi sayang sekali kalau bukan kerana si anu tu mungkin projek ni jalan. Tapi masih dalam pertimbangan dan tengah cari pekerja indon.
Kisah tambahan:- Hari tuk Sabtu 8 Ogos, ada pertandingan buat roket dan lancar roket. Tiba saat yang dinantikan iaitu acara melancarkan roket. Yang paling bersemangat bukan muridnya, tapi cikgunya. Sayang Sarawak dan Kepala Penjahat satu geng. harapan mereka ni menggunung tinggi untuk menjuarai pertandingan. Tapi nasib tak menyebelahi mereka. Kecundang bukan sebarang, kecundang mereka ni jauh tersasar. .kah..kah.. tahun depan cuba lagi.. bijak pandai cakap usah seperti 'burung terbang dipipiskan lada'. Apa-apa pun itulah guru tetap bersemangat walau apa jua kemungkinan yang telah diketahuinya. Teruskan cikgu....
Sekian.
p/s: Sedap kalau dapat makan dadeh dan abok-abok bulan puasa nanti.
'Bersedekah amalan mulia'
Jangan lupe hantar abok2 ngan kawan yang jauh di mata.he.. tak lama lagi cuti, tak lama lagi PTK. bila nak lepas ???
BalasPadamhagemarucb ada niat nak buka gerai depan flat rupanya...emm bolehlah anak2 di flat ya memeriahkannya kelak,bapak gerai ya kelak boleh buat awal shif jaga gerai hehe
BalasPadamtunggulah mun dapat pekerja....royal anggel dgn sayang sarawak mpun idea ya....
BalasPadam